
CommentEstate.com: Click Here To Get One
Naruto Wallpaper - Chicken Recipes - Funny Stuff - Computer Geeks


Ipoh ialah sebuah bandaraya yang terletak dalam daerah Kinta, dan merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan. Bandaraya ini yang terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur merupakan bandaraya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur, Georgetown, dan Johor Bahru. Datuk Bandar Ipoh sekarang ialah Mohamad Rafiai Moktar.
Nama "Ipoh" diambil daripada pohon "epu" atau lebih dikenali sebagai "pokok ipoh" dengan getahnya yang beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan mereka.
Kini, "Ipoh" telah berada dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh atau Dewan Bandaraya Ipoh, dimana ia telah pun menyerap masuk pekan-pekan kecil yang berada disekitar bandar seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan ke dalam wilayah Bandaraya Ipoh. Secara sejarahnya, "Ipoh" terbahagi kepada Pekan Lama dan Pekan Baru yang mana dipecahkan oleh Sungai Kinta ditengah-tengah bandarnya.
FAKTA BANDARAYA IPOH

Maksud "Jalur Gemilang"
Jalur - menggambarkan Bendera
Gemilang (pronounced guh-mee-lung) – bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian, Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara
Jalur Gemilang - Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.
Jalur atau Bendera melambangkan citra atau imej negara dan rakyat yang patriotik, gigih, gagah dan berani menghadapi cabaran serta sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara.
:: Source - Department of Information,
Melayu kita semakin mundur,
Melayu kita semakin layu,
Melayu kita mudah lupa,
Melayu kita tidak bertamadun,
Dulu melayu kita kuat,
Dulu melayu kita bertamadun,
Dulu melayu kita beradat,
Dulu melayu kita pantang dicabar,
Tetapi kini,
Melayu kita lemah,
Melayu kita bangsa kelas ke dua,
Melayu kita terlibat dengan gejala samseng,
Melayu kita terlibat dengan gejala sosial,
Bangunlah mengejar wawasan,
Bangunlah menjadi orang berguna,
Bangunlah memenuhi universiti – universiti,
Bangunlah menaikkan martabat bangsa melayu.