welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, August 21, 2008

LAPTOP impianku.....









Sukanya kalau dapat laptop macam nie.....especially acer yang terbaru. Tadi kak nyah baru call....mini laptop nie ada dijual kat pasaran...tapi mahal sikit dari warna lain...RM 1700. Ermm what do u think? hehehe

Bandarayaku.......IPOH :)










Ipoh ialah sebuah bandaraya yang terletak dalam daerah Kinta, dan merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan. Bandaraya ini yang terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur merupakan bandaraya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur, Georgetown, dan Johor Bahru. Datuk Bandar Ipoh sekarang ialah Mohamad Rafiai Moktar.

Nama "Ipoh" diambil daripada pohon "epu" atau lebih dikenali sebagai "pokok ipoh" dengan getahnya yang beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan mereka.

Kini, "Ipoh" telah berada dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh atau Dewan Bandaraya Ipoh, dimana ia telah pun menyerap masuk pekan-pekan kecil yang berada disekitar bandar seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan ke dalam wilayah Bandaraya Ipoh. Secara sejarahnya, "Ipoh" terbahagi kepada Pekan Lama dan Pekan Baru yang mana dipecahkan oleh Sungai Kinta ditengah-tengah bandarnya.

FAKTA BANDARAYA IPOH

Ditubuhkan - sekitar 1880
Keluasan bandaraya - 643 km
2
Jumlah penduduk bandaraya - 710 798 (data 2007)

JALUR GEMILANG.....


Maksud "Jalur Gemilang"

Jalur - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur. Jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

Gemilang (pronounced guh-mee-lung) – bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian, Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekalipun sama ada di dalam atau di luar negara.

Jalur Gemilang - Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.

Jalur atau Bendera melambangkan citra atau imej negara dan rakyat yang patriotik, gigih, gagah dan berani menghadapi cabaran serta sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara.


:: Source - Department of Information, Malaysia, June 1997

BANGSA MELAYU KITA......

Melayu kita semakin mundur,
Melayu kita semakin layu,
Melayu kita mudah lupa,
Melayu kita tidak bertamadun,


Apa sudah jadi dengan melayu kita?
Dulu melayu kita kuat,
Dulu melayu kita bertamadun,
Dulu melayu kita beradat,
Dulu melayu kita pantang dicabar,


Tetapi kini,


Melayu kita lemah,
Melayu kita bangsa kelas ke dua,
Melayu kita terlibat dengan gejala samseng,
Melayu kita terlibat dengan gejala sosial,


Wahai bangsa melayu,
Bangunlah mengejar wawasan,
Bangunlah menjadi orang berguna,
Bangunlah memenuhi universiti – universiti,
Bangunlah menaikkan martabat bangsa melayu.

LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAAN KE-51


Tahun ni negara kita menyambut hari kelahiran yang ke-51. Tema tahun ini adalah 'PERPADUAN TERAS KEJAYAAN'. Wa harap negara kita akan terus aman damai tanpa timbul isu-isu yang bakal mengugat perpadaduan kaum yang sedia ada. Semoga Allah memelihara n merahmati negara kita. Amin :)

MY school.....


Inilah sekolah tempat wa bekerja sekarang..almost 4 years wa kat sini after posting dari maktab Ipoh :) Well.... sekolah ini merupakan antara sekolah rendah yang terbaik di Ipoh :) Apa pun wa gembira menjadi salah seorang tenaga pengajar di sana. Sekolah yang bagus terhasil dari kerjasama semua pihak termasuk guru, pentadbir, pelajar dan ibu bapa. Its true right :) But sometime each school have their own problem. For us...terlalu banyak campur tangan dari pihak ibu bapa...ssyyyyyyhhh....hehehe Namun masih ada ibu bapa yang memahami tugas guru. Thanks :)

article......


Jika :
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

ialah :
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

maka,
Hardwork = H+A+R+D+W+O+R+K
= 8+1+18+4+23+15+18+11
= 98% jer...2% lagi ilang ke mana?

Knowledge = K+N+O+W+L+E+D+G+E
= 11+14+15+23+12+5+4+7+5
= 96% jer??

Luck = L+U+C+K
= 12+21+3+11
= 47% (Kengkadang org fikir nih yg penting)

Abis?! apa yang boleh buat 100%?
kekayaan? pangkat?...tidak sama sekali...

setiap soalan mesti ada
jawapannya...untuk mencapai
kecermelangan,kita hanya perlu maju
selangkah lagi...ianya adalah...

A+T+T+I+T+U+D+E = 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Good luck!!

MOTIVASI KERJA......


' Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... '

Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah...Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?Fahami lah yang dibawah ini

Maka mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

Tidak menjadi pelik sekiranya kita merasa 'BIASA' saja selepas membaca artikel ini, kerana....kita sendiri tak tau apa makna ANJAKAN PARADIGMA tuh.. hehehhee

OK la..tamat lah renungan..pergi la buat kerja....heheee. .

(hasil nukilan teman)

Wednesday, August 20, 2008

MAMA....

Hari nie birthday mama...20 August. :) I really love my mum. Setiap anak di muka bumi ni..sudah tentu amat menyayangi ibu masing2..termasuklah diri wa sendiri. Ari nie wa sempat bagi kad n wish jek coz x sempat beli hadiah...insya-Allah this week dapat gaji..wa akan belikan hadiah :). Takder kata yang dapat diucapkan bagi mengambarkan kasih dan sayangku kepada mama. But sometimes...wa pun pernah melukai hati atau menyinggung hati mama tanpa wa sedari. Ampunkan segala dosa wa. Ya Allah ya tuhanku..ampunkanlah segala dosa kedua ibu bapaku. Tempatkan mereka di syurgamu Ya Allah. Amin. Happy birthday mama :)

MY family.....


Alya Irdina.....comel kan :) my first niece...hehehe. Gambar ni diambil coz sonok sakat dia. Tuh yang dia menangis. Jenis cepat terkejut...baru 3 bulan..if i'm not mistaken. Biasa arr `cikcik' nie pelupa. Next time..wa nak letak my whole family here...but kena tunggu time raya coz my family memang jenis tak suka bergambar..including me :)..hehe

GURU OH GURU (SN USMAN AWANG)

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


(my favourite poem)


FRIENDSHIP....




Your friendship has meant understanding, joy, sharing everything good. Because of u, i’ve laughed a little harder, cried a little less, smile a lot for no special reason. Because of u, my world is a happier place. Because of u, i felt the warm embrace of a good and lasting frienship.


Wherever we may find ourselves, together or apart, the spirit of our friendship is forever in my heart.

A friend is one of the nicest things u have, and one of the best thing u can be..... A friend is a living treasure, and if u have one, u have one of the most valuable gift in life.

True friend always find time for each othe to comfort, to encourage and to share.....your friendship plays a part in filling many days with joy, happiness and laughter.

Having a friend means..... Someone always loves u, always respects u, admires u..... Wants the best for u in every single situation of your life. Lifts u up. Supports u always!!!

Friendship grows with love & laughter and lives in your heart forever after.

LIFE..........


You think you are smart, actually you are not....
You think you are right, actually you are not....
You think you are better, actually you are not....
You think you are superb, actually you are not....

Actually, you are not smart enough when you think you are..........
Actually, you are not totally right when you think you are..........
Actually, you are not good enough when you think you are..........
Actually, you are not perfect when you think you are..........

This is life.................

KATA-KATA HIKMAH


HIDUP TAK SELALUNYA INDAH, TETAPI YANG INDAH ITU TETAP HIDUP DALAM KENANGAN

JADIKAN DIRIMU BAGAI POHON YANG RENDANG DI MANA INSAN DAPAT BERTEDUH, JANGAN SEPERTI POHON KERING TEMPAT SANG PUNGGUK MELEPAS RINDU DAN HANYAK LAYAK DIBUAT KAYU API

JANGAN ABADIKAN PERMINTAAN ORANG, KALAU TIDAK MAHU PERMINTAAN KAMU DIABAIKAN ORANG

lagu WARISAN sempena hari MERDEKA :)

ANAK KECIL MAIN API
TERBAKAR HATINYA YANG SEPI
AIRMATA DARAH BERCAMPUR KERINGAT
BUMI DIPIJAK MILIK ORANG
NENEK MOYANG KAYA RAYA
TERGADAI SELURUH HARTA BENDA
AKIBAT SENGKETA SESAMALAH KITA
CINTA LENYAP DI ARUS ZAMAN
INDAHNYA BUMI KITA INI
WARISAN BERKURUN LAMANYA
HASIL MENGALIR KE TANGAN YANG LAIN
PERIBUMI MERINTIH SENDIRI
MASA DEPAN SUNGGUH KELAM
KAN LENYAP PERISTIWA SEMALAM
TERTUTUPLAH HATI TERKUNCI MATI
MARUAH PERIBADI DAH HILANG
KINI CUMA TINGGAL KUASA
YANG AKAN MENENTUKAN BANGSA
BERSATULAH HATI BERSAMA BERBAKTI
PULIH KEMBALI HARGA DIRI
KITA SUDAH TIADA MASA
MAJULAH DENGAN GAGAH PERKASA
JANGLAH TERLALAI TERUSKAN USAHA
MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA