welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, November 20, 2008

My collection of PINK...hahaha



















Cute tak....hahahaha banyak lagik koleksi pink...tapi malas nak snap..hehehe...tgh boring gila arr nie coz malas nak buat proposal tuk research. Layan jer la :D

My new laptop :)












My new laptop...hehehe finally :)

Sunday, November 16, 2008

Lawatan Info ternak :)


















Lawatan ke Info ternak, Sungai Siput. Comel2 arr binatang yang ada especially kambing...hahahaha :D

Wednesday, November 5, 2008

MY LOVELY STUDENT :) .... MISS U ALL

It almost 4 years ..aku menjadi pendidik dan aku bertugas di Marian Convent. Ini juga bermakna dari year 3 hingga year 6…aku mengikuti perkembangan mereka. Pantas sungguh masa berlalu. Terlalu banyak kenangan bersama mereka. I just want to wish all the best n I hope they will remember me. Padaku mereka terlalu istimewa…mereka jugalah kekuatanku selama ni sepanjang aku bergelar `guru’. Banyak peristiwa pahit n manis…namun yang kekal dalam ingatanku adalah kenangan terindah bersama mereka. Thanks because be my student n I always love u all…muahhhhhhhhhhhhhh ;)

( to ili n meem...sorry arr cikgu ciluk gambar dr ms n fster korang...hahaha)

Saturday, November 1, 2008

KESEDARAN :)

ARTICLE 1

Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

AL- QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah) "sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

AL-QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

AL- QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

AL- QURAN MENJAWAB
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

AL - QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

AL- QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

AL - QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

AL- QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

AL- QURAN MENJAWAB
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

ARTICLE 2

KEAJAIBAN AIR



Assalamualaikum wr wb.


Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn
keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah
petikan dibawah:



Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah
menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.
Diantaranya :


Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh
hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.


Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu
seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang
mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam
kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).


Penceramahnya seorang Profesor yg pakar ttg air dari Jepun. Beliau
menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan
dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang
diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).


Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air
tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar,
tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)
rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak
lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir
sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari
sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"


Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air
yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),
bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik
melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di
antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap,
dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa
itu adalah sampel air zam-zam".


Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya
"Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.
"Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah.


Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu
mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."


Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi
rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat
experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa
bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu
kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk
menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan di skrin,
nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan
janggut yg panjang dan perut yg buncit).


Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan
Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan
berkilau-kilau…. Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca
sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik…maka nampaklah diskrin molikul air
berupa seperti sel-sel barah.


Subhanallah….. daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita
sama-sama mengambil iktibar daripadanya.


Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah :


"Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula,

jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan

jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".